nuffnang

Weight Loss

Tuesday, August 31, 2010

KuiH Raya

Syukur

Puasa kita sudah mencapai yg ke- 22 ari...cukup ker puasa hehehhee....nk bagi tau kita dah buat 4 jenis kuih raya dan 2 jenis lagi kita tunjuk ajer total 6 jenis cukup la kut heheheheh......maybe nk buat lg 3 jenis kek....hahahaah tahun nie dah bertekad nk buat sendiri...akhirnya berjaya jugak alhamdulliah....Dah 5 tahun kahwin baru 1 kali buat sendiri kuih raya sebelum nie kuih tunjuk ajerrr....dulu ank2 kecil lg mama x kasi buat di kata bahaya so sikarang ank saya, kakak ummu dah besar dia dah tolong saya isssyyyy3 syukur sesangat....lihat dia seronok buat kuih raya...................mau x seronok sambil tolong sambil mkn cooking coklat....ape la ank ibu nie....ok la nanti sambung lagi bYYeee

Selamat Menambah Ibadah dan Ketaqwaan kpd yg MAHA ESA

Sunday, August 29, 2010

Lailatul Qadar

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.




Wednesday, August 25, 2010

Duit Oh Duit

Salam...dah baca ker berita so sesiapa yg kerja Gomen kira ok laaa dapat duit raya...eeeerrrrmmmm Bonos kira x dapat la nieeee?????

Monday, August 23, 2010

Nuzul Al-Quran

Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Puding Roti

Puding nie org ajar guna roti buku so dah luper beli guna roti 4 segi hehehhehehe....jadik jugakkkk laaaa.....bawa umah mak tok hehheeh semua org suke alhamdullilah habisss


So ini pulak cita citu yg diminta oleh my lil sis di Shah Alam

Ibu muka kami serupa tak???...ummu selalu tanya camtu
Mestila anak ibukannn

Ni pulak si kecil nie Sikarang susah mau ambil pic...heheheh ambil pic ibu yg byk...
dia dah boleh jalan so kira nk buas ajer adusss penat laaa

Nie muka tension daniel x leh buassss....duduk dlm keta nk kebelakang kejap pastu ke depan pulak x reti duduk diam

Nie dia adik n kakak yg suka mengusik n kelahiii.....adik pun sakan sekarang...kakak suka mengusik pastu adik geram dia gigit kakak n nagissss...errrmmmmmm

Thursday, August 12, 2010

Sentuhan Kalbu

Salam....sesiapa yg pernah menonton tv9 dlm rancangan Halaqah- Sentuhan Qalbu....hari ni kami diwajibkan menyertai
Program Halaqah - Sentuhan Qalbu 'KAMI MILIK MU'

Semperna bulan yg mulia ini marilah kita menginsafi apa yang talah kita lakukan di dunia yang fana ini...

Tuesday, August 10, 2010

RinDu Ya Allah

Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..
Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..

\
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, August 5, 2010

Nona Roguy

Kegunaan Luaran untuk Amalan Kesihatan


Untuk Kebersihan & Kerapian Sulit Kewanitaan Wanita:

• Sehari sekali atau setiap Pagi & Malam, lakukan cucian & cebuk bahagian sulit dengan Barra Gel.
• Cuci bersih bahagian sulit (luaran faraj) dengan air terlebih dahulu. Tuangkan 1 – 2 titis Barra Gel dan lakukan sapuan & cucian luaran faraj serta dalaman saluran faraj (gunakan jari telunjuk untuk cucian meruang ini).
• Cebuk bersih. Kesat kering. Kemudian, lakukan sapuan seperti di bawah ini:
• Jika Saluran Faraj Longgar & Berair atau Keputihan atau Lelehan Sulit – Sapuan 2 – 3 titis Phyto Vagin Gel ke dalaman Saluran Faraj. Biarkan selama 2 – 5jam. Jika perlu, cucian semula selepas 5jam dan sapuan semula, dibiarkan semalaman. Ulangi kegunaan sehingga berjaya mengatasi Keputihan dan merapatkan saluran faraj.
• Jika Saluran Longgar & Kekeringan – Ulangan sapuan 1 titis Mustajab Cream atau Krim Mustajab ke seluruhan saluran faraj. Dibiarkan selama 2 – 5jam. Cucian semula dan sapuan semula dibiarkan semalaman. Ulangi kegunaan sehingga berjaya mengembalikan keadaan lubrikasi normal.
• Untuk Kesihatan & Kesegaran Sulit – Sapuan Minyak Berubat Mustajab disyorkan ke seluruhan saluran faraj. Ulangi kegunaan mengikut keperluan anda. Boleh gabungkan kedua-dua Phyto Vagin Gel dengan Minyak Berubat Mustajab untuk Kerapian & Kesegaran bahagian sulit anda.
• Semasa Haid – Sapuan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian luaran faraj dan tuangkan ke atas tuala wanita atau pad untuk membantu mengatasi masalah Senggugut, Ketidakselesaan Sulit atau Bahagian Ari-ari (Abdomen Bawah) dan mengatasi haid berbau disamping melancarkan peraliran darah anda.

My Sweet Heart

Daisypath Anniversary tickers

UmmU

Lilypie Fifth Birthday tickers

Daniel

Lilypie Second Birthday tickers

Salam Perkenalan

nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KETENANGANKU


Romantic Snow Globes by WiddlyTinks.com

Total Pageviews