Product Information
Set Herbanika Bersalin (6 item) - RM 300.00
Soalan :
Adakah set Rangkaian Herbanika Bersalin mencukupi pemakaiannya / pengunaannya untuk jangkamasa / tempoh 1 bulan ?
Jawapan :
Set Rangkaian Herbanika Bersalin yang dikeluarkan dalam pek terbaru khusus untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin adalah untuk anggaran 1 bulan.
1 - PhytoNatal – 90 tablet
Kelahiran Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke – 4 selepas bersalin. Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil dosej diantara 2 – 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari – 45 hari.
Kelahiran Secara Pembedahan
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 – 7 selepas bersalin ( bergantung keadaan kesihatan ibu bersalin ). Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil dosej di antara 2 – 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari – 45 hari.
Nota : Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit, selepas tempoh 30 hari, teramat disyorkan penerusan pengamalan PhytoNatal. Anda masih boleh meneruskan pengambilan PhytoNatal walaupun setelah tamat tempoh berpantang.
2 - Akar Herbanika – 10 Uncang
Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari pertama selepas bersalin.
1 pkt Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas mendidih dapat diguna semula untuk tempoh 3 hari. Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi selama 1 bulan.
Nota penting : Bagi ibu yang melalui pembedahan, disyorkan pengambilan minuman Akar Herbanika pertamanya selepas berjaya melakukan sendawa atau pembuangan angin (kentut).
3 - Minyak Herbanika – 100ml
Disarankan pengunaannya pada hari pertama selepas bersalin. Anggaran 1 botol Minyak Herbanika dengan pengunaan 3 ml setiap kali boleh bertahan sehingga 1 bulan.
4 - Krim Herbanika Barut – 60 gm
Adalah disyorkan sapuan Minyak Herbanika sebelum sapuan krim Herbanika Barut. Digunakan sebagai krim sapuan bahagian perut sebelum berbengkung. Amalan seharian 2 kali dapat bertahan selama 30 hari.
Kelahiran Normal – sapuan bermula pada hari ke – 4 selepas bersalin.
Kelahiran Secara Pembedahan – sapuan disyorkan selepas 1 minggu – 2 minggu selepas bersalin (mengikut keadaan luka jahitan pembedahan). Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz kecil, tekan tiub krim Herbanika Barut sebesar syiling 20 sen di tapak tangan, sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
5 - Herbanika Lulur – 100 gm
Disyorkan pengunaannya pada hari ke 4 sehingga ke hari 20 selepas bersalin. Anggaran pengunaan setiap kali sebanyak 1 – 2 sudu besar penuh.
6 - Uncang Cuci Herbanika – 10 pkt
1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air dapat diguna sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh 5 – 7 hari. Anggaran pengunaannya adalah mencukupi selama 1 bulan.
Nota :
Penerangan di atas bukan cara pengunaan & pemakanan Herba Bersalin NR, tetapi ia hanyalah untuk menerangkan / menjelaskan bahawa kuantiti yang terkandung dalam set Rangkaian Herbanika Bersalin mencukupi kegunaannya selama 1 bulan.
Price: RM300.00
No comments:
Post a Comment